Advertisement

LightBlog

Ahad, 28 Mei 2017

Apa Beza CWA Dengan Public Mutual?


Assalamualaikum dan salam sejahtera pelabur sekalian.

Apa beza CWA, CIMB Mutual dan Public Mutual?

Soalan ni sering saya dapat bila jumpa dengan bakal pelabur. Anda pun nak tanya soalan tu jugak bila jumpa saya? Sabo je la.

Ok, kita mula dengan CWA dulu. CWA ni adalah cabang pemasaran untuk CIMB Principal Asset Management. Pasni kita panggil CP je la ye. Ringkas sikit. Dalam CP ni, ada dana konvensional yang kalau mula dengan CIMB Principal tu, kira dana tu tak patuh shariah. Yang patuh shariah tu kalau start dengan CIMB Islamic. Contohnya CIMB Islamic DALI Equity Fund. Haaaa glamer kan nama DALI tu. Lain kali kita sembang pasal DALI yang ada sampai DALI 3 tu.

CWA jugak ada carry dana daripada syarikat pengurus dana lain, contohnya AFFIN HWANG dan juga RHB-OSK. Dari masa ke masa, CWA akan bawa dan buang dana-dana yang patut mereka gabi agen jual. Benda ni berubah-ubah. Saya jarang jual dana syarikat lain, fokus kat dana CIMB Islamic je.

OK, jelas ye pasal CWA dan CIMB. Sekarang kita cerita pasal Public Mutual plak. Kita panggil PM jela pasni. Ringkas.

PM ni plak dia sama macam CIMB. Dia pengurus dana. Bagusnya PM ni, dia ada banyak dana. Kalau tak untuk dana A, boleh switch dana B dan seterusnya. Berbanding CIMB, dana dia limited. Mungkin mereka nak betul-betul fokus bagi untung yang maksima. Dana banyak bagus juga, sebab boleh play around dengan dana-dana ni. Dulu-dulu antara dana PM yang femes, Public Islamic Dividend Fund.

OK kan? Clear sudaaa.... Kalau ada soklan lain, komen ler kat bawah ni. Jangan serik lak menunggu, kadang-kadang nak cari jawapan yang tepat ni, kena tanya-tanya otai-otai unit trust jugak.

Sekian dulu, selamat bersahur - Unit Trust Daddy.

Saya konsultant CWA. Nak invest meh la contact saya kat unittrustdaddy@hotmail.com.

1 ulasan:

  1. Berapa komisen ejen Ut ni? Ada beza ke dgn Cwa, PM, Pc, Maybank Asset Mnangement, dan Bimb Asset Management?

    BalasPadam

LightBlog