Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini bermulalah puasa pada tahun 2017. Banyak berita gembira diumumkan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Teringat saya semasa dalam kelas pelaburan CFP, salah satu sumber pendapatan yang gagal diurus dengan baik adalah windfall atau durian runtuh.
Di sini saya ingin cadangkan apa yang boleh anda buat dengan durian runtuh pada tahun ini:-
- Labur
- Simpan
- Belanja
- Sedekah
- Lindung
Jom kita go thru satu-satu.
- Labur - Sekarang banyak cabang pelaburan yang terhidang di Malaysia. Dipelopori dengan unit trust, diikuti dengan saham dan derivatives. Semua perlukan ilmu, namun unit trust menjadi pilihan ramai kerana ada konsultan yang membantu anda untuk memilih dana. Saham juga dibantu, tetapi jika anda melanggan managed account dengan broker yang sah. Ramai yang masuk kelas dan labur sendiri. Risiko sederhana - tinggi berbanding derivatives yang mempunyai risiko tinggi dalam dagangan FBM KLCI, Sawit, Emas yang juga orang panggil dengan dagangan futures.
- Simpan - Fised deposit menjadi pilihan utama. Kadar keuntungan tahunan antara 3% - 4% memberikan cukup pendapatan pada akhir tempoh. Anda boleh juga simpan di bank seperti biasa untuk memudahkan urusan terutama semasa kecemasan. Nak raya pakai banyak duit kan?
- Belanja - Baju melayu, baju kurung, kurta, jubah bolehlah dianggap juga sebagai pelaburan kepada diri sendiri. Untuk nampak manis pada hari raya perlulah berbaju baru dan kemas. Mungkin akan melebarkan jaringan bisnes atau kerjaya anda. Maklumlah, people always jugdge a book by it cover sekarang ni.
- Sedekah - Orang Islam percaya sedekah mempunyai kuasa magik yang luar biasa. Susah nak dijelaskan dengan akal. Cubalah sedekah hari ini dan rasai nikmatnya.
- Lindung - Anda dapat durian runtuh tadi kerana anda melakukan tugasan di sesebuah institusi. Bayangkan anda tidak lindung diri anda dengan perlindungan pendapatan, macam mana nak dapat lagi tahun depan kalau dah tak leh bekerja. Takaful dan insuran (untuk bukan muslim) pilihan yang terbaik yang ada di Malaysia buat masa ini.
Jom siap-siap untuk sahur. Bantu mak atau isteri di dapur. Para penyedia sahur, tak kiralah isteri, mak, ayah, adik, abang atau kakak, masak sedap-sedap ye....
Salam Ramadan - Unit Trust Daddy
Saya agen CWA. Nak tahu lebih lanjut tentang pelaburan dalam dana CIMB, poke la saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan