Advertisement

LightBlog

Ahad, 28 Mei 2017

Proses Berpindah Rumah Hampir Selesai


Assalamualaikum Pelabur Sekalian.

Dua minggu ni memang minggu-minggu yang amat memenatkan. Hampir tadi nak buka puasa awal dek kerana penat angkat barang turun dari tingkat 3.

Saya sekeluarga berpindah ke kediaman yang saya beli pada 2009 di Kundang. Memang seronok duduk rumah sendiri. Dulu menyewa di Damansara Damai. Kawan-kawan panggil Dam Dam.

Anak-anak pun ceria jer dok Kundang. Kami ralat sikit lah sebab biasalah bila sewakan kepada orang ni, macam-macam hal lah. Mohon Allah gantikanlah dengan rezeki yang lebih baik. Reda dalam pasrah je la kami ni pun.

Berita baiknya, saya boleh melebarkan sayap untuk memberi perkhidmatan pelaburan sah kepada warga Kuang, Kundang dan Rawang hehe. Dekat betul perjalanan kerana ada highway LATAR dan Gutrie.

Esok kami tunggu Teknikal TM datang untuk pasang Streamyx. Tak taulah boleh sama macam Unifi kami dulu ke tak. Upload 512kbps Download 8Mbps. Harap lepas lah nak buat FB live dan Youtube live. Harap sangat boleh bantu pelabur dan bakal pelabur dengan live video. Boleh tengok muka saya di mekap dengan produk Nurraysa. Maklumlah isteri saya agen Nurraysa.

Ok lah, tak sabar nak jumpa anda. Salam hormat - Unit Trust Daddy

Saya agen unit trust CWA tau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LightBlog