Advertisement

LightBlog

Jumaat, 22 September 2017

Tahun Terakhir Sebagai UTC CWA?

Salam semua.

Semoga anda tidak mendengarnya daripada mulut orang lain atau terbaca hantaran di Facebook pelabur lain.

Nampaknya karier saya di CWA bakal berakhir dan saya bercadang menumpukan sepenuh perhatian kepada karier saya sebagai IB di Pepperstone. Ini hanyalah (career enhancement) kepada sebagai IB, saya ditawarkan dengan potensi pulangan yang lebih baik walau pun ada beberapa isu berbangkit yang akan selesai tidak lama lagi.

Bagi anda yang melabur dalam CWA melalui saya, anda bebas untuk kekalkan pelaburan anda dan anda akan diberikan agen, consultant atau manager yang baru. In case, anda mahu mencairkan pelaburan anda sama ada mendapatkan keuntungan (atau kerugian) anda semula (cash dan EPF), saya akan bantu selagi saya masih di CWA.

Jika saya tidak sempat berbuat demikian, pada bila-bila masa antara jam 8.30 pagi - 3 petang pada hari bekerja (kadang-kadang Sabtu pun buka sehingga 1 petang) datanglah ke HQ CWA yang terletak di Damansara Utama.

Terima ksih yang tidak terhingga saya ucapkan kerana mempercayai saya selama ini dan saya mohon maaf yang tidak terhingga kerana mengecewakan anda semua.

Doakan yang terbaik untuk saya dan insha Allah persahabatan kita berpanjangan hingga ke Jannah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LightBlog